Stew Daging Sedap & Mudah

Salam semua..
Masih dlm mood berdaging kan? Banyak x dpt daging korban hr tu? Tentu dh macam2 menu daging dh try kn? Juz in case dh xde idea nk buat pe ngan daging tu.. pe kate mencuba sesuatu yang baru. Dijamin sedap & ianya mudah sekali utk dimasak..

Amacam? Meleleh air liur x?
Jom try Stew Daging Simple Yet Yummy
Enjoy Your Meal!
niza

30 Tips Marketing Dr Azizan Osman

Jom ikuti 30 Tips Pemasaran oleh Dr Azizan Osman. Tips-tips ini di-compile dari facebook beliau Azizan Osman dan juga akaun Twitter beliau. Semoga bermanfaat.

Tips #1
Kongsikan pengalaman / gambar/ video pelanggan gembira yang telah guna (menggunakan) produk atau perkhidmatan kita.

Tips #2
Kumpul info pelanggan. Buat pertandingan / cabutan bertuah via (melalui) FB/SMS/Blog/Web atau akhbar.

Tips #3
Cara mudah & murah buat pelanggan setia. Beri Kad Diskaun / Voucher - cth: 6 kali servis FREE 1 kali.

Tips #4
Jaga imej & penampilan perniagaan, produk, staf dan diri anda (agar) kelihatan ceria (&) menarik pelanggan.

Tips #5
Rakamkan video bisnes, produk atau servis untuk menawan minat pelanggan dan viralkan di social media.

Tips #6
Bina kredibiliti anda dengan menulis e-book dan artikel percuma di laman web/blog/fb/majalah.

Tips #7 
Buat publisiti yang menarik media dan orang ramai. Kaitkan dengan jenama / bisnes anda. cth: Nasi Percuma.

Tips #8
MIA

Tips #9
Buat pelanggan jatuh hati / teruja dengan senyuman dan layanan anda. Pelanggan gembira pasti berkongsi info dengan orang lain secara Percuma.

Tips #10
Menulis di Blog adalah cara percuma untuk berkongsi kepakaran dan membina pengikut setia.

Tips #11
Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara berpakaian untuk melayan pelanggan. cth: Tahun Baru Cina, pakai baju cheongsam.

Tips # 12
Libatkan diri dengan persatuan / kelab/ dewan perniagaan / koperasi untuk luaskan jaringan perniagaan anda.

Tips #13
MIA

Tips #14
Emel kepada pelanggan panduan / tips / perkembangan terkini produk atau servis & buatkan mereka sentiasa menantikan berita anda.

Tips #15
MIA

Tips #16
Guna kaedah pemasaran yang mudah tapi berkesan. cth: beri belon dengan logo syarikat pada kanak-kanak / pasang spotlight di bangunan majlis perbandaran dengan logo syarikat.

Tips #17
Libatkan perniagaan anda dengan aktiviti komuniti / kebajikan melalui penajaan, cthnya T-shirt dengan logo syarikat.

Tips #18
Tingkatkan reputasi syarikat dengan menghantar Press Release kepada media / akhbar / majalah tentang kisah / aktiviti yang menarik untuk mendapat liputan percuma.

Tips #19
MIA

Tips #20
Kaji dan kenali sasaran pasaran anda (target market), cthnya umur, jantina, rangka pendapatan, citarasa dan jual produk / servis pada orang yang tepat.

Tips #21
Keluar dari zon selesa anda (comfort zone) dan beranikan diri anda untuk menghadapi cabaran baru, cthnya" mencari pelanggan dari wilayah lain.

Tips #22
Buat pelanggan cemas, seperti meletakkan tarikh, masa dan waktu tertentu untuk promosi. cth: Diskaun produk tamat 11.59 malam ini.

Tips #23
Letakkan had pemilikan eksklusif untuk pelanggan anda. cth: Tawaran untuk 10 individu pertama sahaja.

Tips #24
Pikat hati pelanggan menerusi produk yang mereka mampu beli. cthnya: untuk jual produk cucian rambut, tawarkan perkhidmatan mencuci rambut dengan harga RM3 sahaja.

Tips #25
Tulis ayat "call-to-action" ~ ayat dorongan untuk membuat pembaca iklan bertindak. Pastikan ia jelas, mudah dibaca & menarik.

Tips #26
Strategi trial testing ~ Berikan peluang untuk prospek / bakal pelanggan mencuba produk anda dengan memberi sampel atau jangka masa tertentu untuk produk dipulangkan.

Tips #27
Hasilkan 30 banner atau kain rentang dan letak di wilayah yang ingin anda kuasai.

Tips #28
Jadikan masalah sebagai mesej pemasaran dengan mencipta mesej berpengaruh. cth: turun 2kg dalam masa 2minggu tanpa perlu bersenam.

Tips #29
Fokus pada sentuhan peribadi kepada pelanggan. Guna segala ruang & peluang yang ada ketika berkomunikasi dengan mereka sehingga pelanggan teringat-ingat bisnes anda.

Tips #30
Penuhi minda dengan idea-idea baru dengan melabur masa, wang & tenaga untuk menuntut ilmu. Berjalan, kaji bisnes berjaya, belajar budaya perniagaan, strategi pemasaran & penghasilan produk / servis.

**4 tips tidak dapat dikesan di dalam fb/twitter DAO. InsyaAllah jika saya memperolehi pada masa akan datang, saya akan update entri ni.

Selamat Beramal.

Salam Sayang,
Niza

Kisah Cawan Dan Air

Kisah Cawan & Air ~ Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Kisah cawan dan air...

Sebiji cawan tembikar yang keseorangan, dituangkan dengan air mendidih.

Cawan merasakan itu adalah rasa cinta.

Air menjadi suam, cawan berasa sungguh selesa - "Inilah rasa kehidupan," bisiknya.

Air menjadi semakin sejuk, cawan terasa takut - semacam takut kehilangan sesuatu.
Kisah Cawan Dan Air
Air menjadi sejuk, cawan menjadi susah hati ingin membuang air keluar.

Air akhirnya dibuang keluar. Cawan merasa sungguh selesa.

Tapi cawan terjatuh ke lantai. Hancur berkecai setiap kepingan.

Cawan melihat kepingan-kepingannya semua terdapat kesan air.

Cawan sedar sebenarnya tanpa air hidupnya kosong.

Cawan cuba memulihkan diri sendiri untuk 'mencintai' air sekali lagi, tapi semuanya sudah terlambat kerana cawan tidak lagi boleh menampung air di dalamnya.

#~#~#~#~#~#~#
Sayangi orang tercinta - jangan kerana terasa sedikit salah faham atau marah atau tak suka - terus menjadi cawan yang membuang air keluar.

Jangan menyesal seperti cawan. Ada benda yang tidak dapat dipulihkan.

Senyum.

Kekurangan Berat Badan Di Kalangan Kanak-kanak

Berat Badan Ideal Untuk Kanak-kanak

~ Berat bayi normal sewaktu lahir ialah 2.5 kilogram ke atas. Jika kurang dari berat ini, bermakna bayi mengalami kekurangan berat. Kenaikan berat tubuh bayi yang normal dan sihat dilihat dalam tempoh ini:

  • ~ kenaikan berat normal : 150 - 250gram seminggu -> pada usia 1- 3 bulan
  • ~ kenaikan berat normal : 350 - 450gram sebulan -> pada usia 4- 6 bulan
  • ~ kenaikan berat normal : 250 - 350gram sebulan -> pada usia 10- 12 bulan

Antara 1 hingga 6 bulan, pertambahan berat badan bayi biasanya berlaku dengan cepat. Apabila masuk usia 6 bulan ke atas, pertambahannya akan mula perlahan. Salah satu faktornya keran abayi sudah mulai aktif bergerak. Berhati-hati jika bayi berusia lingkunagan 4bulan hanya mengalami pertambahan berat badan kurang dari 200gram seminggu, itu bermakna bayi mungkin menghadapi masalah kurang makan.

Adakah dengan memberikan susu formula dapat menaikkan berat badan bayi?
Bayi susu ibu dan susu formula membesar pada kadar yang berbeza. Pada tahun 1992, Dr. Katherine Dewey, University of California di Davis menjalankan satu kajian yang membandingkan corak pertumbuhan bayi susu ibu dan bayi susu formula. Dikenali sebagai kajian Darling. keputusan ini menunjukkan::

  • Bayi susu ibu dan susu formula berkembang pada kadar yang sama dalam beberapa bulan pertama.
  • Antara empat dan enam bulan, bayi yang diberikan susu formula cenderung untuk mendapatkan berat badan yang lebih cepat. 
  • Selepas tempoh enam bulan pertama, bayi yang diberikan susu ibu cenderung untuk menjadi lebih mantap berbanding bayi yang diberikan susu formula. 

Berat tambahan di dalam bayi yang diberikan susu formula adalah kerana takungan air yang berlebihan dan komposisi lemak badan yang berbeza. Penyelidik Darling mencadangkan agar carta pertumbuhan yang berbeza antara bayi susu ibu dan susu formula.

Masalah kekurangan berat badan dalam kalangan bayi berusia 6bulan @ setahun keatas tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana berat badan yang sepatutnya menunjukkan anak tidak mendapat khasiat secukupnya. Keadaan ini akan mempengaruhi perkembangan dan tumbesarannya.

Ibu-ibu boleh mengukur sendiri tahap perkembangan berat badan anak-anak samada pada paras normal, diabetes @ kekurangan zat melalui carta berat badan bayi yang disertakan bersama kad rawatan anak2 (jika membuat pemeriksaan di klinik2 kerajaan, jika di klinik swasta, saya tidak pasti)
Carta Berat Badan Kanak-kanak
contoh carta berat badan kanak2. gambar ihsan google

Makanan lembut boleh diberikan seawal usi enam bulan. seperti bubur nasi yang dikisar bersama isi ayam, dan sayuran. Pelbagai makan juga sayuran bagi memastikan anak mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.

Ini kerana sejenis makanan hanya menyediakan sejenis nutrien yang diperlukan sahaja. Maka jika hanya satu pilihan diambil, hanya satu jenis nutrien diperolehi. Vitamin2 & mineral ini amat penting untuk tumbesaran anak-anak. Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi dan kalsium disamping meningkatkan sistem pertahanan badan. Jadi dalam hal ini, kalsium daripada susu penting bagi kesihatan tulang yang secara tidak langsung membantu tumbesaran zat.

Zat besi pula penting bagi pembinaan sel darah, pengangkutan oksigen, penghasilan tenaga dan pertahanan sistem badan. Bagi menambah berat badan, jumlah tenaga atau kalori yang diambil perlu ditingkatkan. Contohnya, ikan digoreng terlebih dahulu sebelum isinya dicampurkan dengan bubur nasi.

Sedikit lemak atau minyak yang diberikan melalui masakan tidaklah memudaratkan asalkan dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal. Roti putih disapu dengan marjerin lembut antara menu pilihan lain.

Jika anak tidak pasti adalah anak anda mendaptkan nutrien secukupnya dalam menu seharian mereka, anda boleh mencampurakan sesudu kecil (sukatan mengikut umur anak-anak) multivitamin MealShakes ke dalam makanan atau minuman mereka. Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.
Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Antara Manfaat MealShakes:

  • ~Nutrisi lengkap -> menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan tubuh.
  • ~Kaya dengan protein -> membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah
  • ~Membantu tumbesaran -> mengandungi asid folik, kalsium, biotin, magnesium untuk pembentukan tulang & sel-sel untuk proses membesar
  • ~Anti-Oksida -> mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium
  • ~Detoksifikasi -> kaya dengan serat larut untuk membantu membuang sisa buangan dari usus ~ sesuai untuk anak yang mengalami sembelit
  • ~Mencantikkan kulit -> mengandungi vitamin B yang lengkap untuk mebina sel-sel darah merah, sekaligus memberikan kompleksi kulit yang lebih cantik.
  • ~Rasa yang lazat
  • ~Tidak mengandungi pewarna dan gula tiruan.


Ikuti pengalaman ibu-ibu yang telah memberikan simanja mereka Mealshake DISINI.

Ibu-ibu juga boleh membeli sendiri MealShakes & pihak Shaklee akan menghantar terus ke muka pintu anda. klik pada ikon dibawah.


September 2014, sempena Promosi MealShakes Beli 3 PERCUMA 1 canister, anda boleh hubungi saya untuk dapatkan 4 canister MealShakes ini pada harga istimewa!!


TAWARAN ISTIMEWA!! FREE LIFETIME MEMBERSHIP JIKA ANDA MEMBELI 2 BOTOL VIVIX @ 3 KOTAK COLLAGEN POWDERHUBUNGI SAYA

INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN2 LAIN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA? @

INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?

HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT::
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!


Susah Nak Telan Vitamin2 Shaklee?

Assalamualaikum semua.
Banyak kali juga saya dpt komen dr kawan2 @ pelanggan tentang saiz vitamin2 Shaklee yang mana diorang ckp xleh nk telan..
Nampak pada saiz mmg besar kan? Ye la jika compare dgn vitamin yg d berikan kementerian kesihatan utk preggy moms.. kecik yg amat. Ha! Nk banding ngn saiz panadol pn, besar lagi vitamin2 Shaklee...

Ok! Saya hanya refer pada 3 vitamin sj kali ni.. bkn semua vitamin Shaklee besar2.
VITALEA
Yang paling besar sekali ialah Multivitamin Vitalea - yang kaler hijau tu. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA.
Jika anda tak boleh nak menelannya sebiji terus, anda boleh:
~patahkan 2 & telan bsama air
~biarkan ia melarut di dlm air, kemudian minum.
Ianya sgt cepat melarut.
Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan VitaLea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Nah! Menarik kan?

VITAMIN C 
Vitamin kedua terbesar saiznya - yang kaler putih-kelabu. Setiap tablet vitamin C mengandungi 500mg vitamin C dan dibebaskan 100mg setiap jam kedalam tubuh kita. Istimewakan? "Sains Pembebasan Berterusan secara Semulajadi" vitamin C telah direka khas oleh Shaklee. Tahukah anda vitamin C merupakan vitamin larut air & yg tidak digunakan akan keluar bersama air kencing @ peluh. Jika ianya telah diteknologi kan untuk dilepaskan setiap jam..maka beruntungnya badan kita, mendapat bekalan vitamin C setiap jam utk 5jam.
Antara Keistimewaan vitamin C:

  • ~membentuk kolagen
  • ~memperbaiki simptom pendarahan
  • ~meningkatkan sistem daya tahan badan
  • ~memerangi kanser - merupakan anti-oksidan, merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan kanser
  • ~mencantikkan kulit
  • ~mengekalkan kolesterol sihat
  • ~memperbaiki insomnia

 Solusi jika anda tdk dpt menelan sebiji terus, boleh dipatahkan 2 @ dilarutkan dlm air. Namun syg sekali.. teknologi pelepasan setiap jam tidak berlaku dlm keadaan ini. Jika anda ingin manfaatnya berpanjangan, cuba2 slow2 utk menelan sebiji terus.

OSTEMATRIX 
Pil berwarna putih bersih. OsteMatrix merupakan pil kalsium yang paling seimbang dengan memastikan kadar penyerapan adalah 99%. Ianya diperkayakan (antara lainnya) dengan Magnesium, Zinc & vitamin D.
1biji membekalkan 250mg kalsium. Dewasa tak kira lelaki atau wanita memerlukan 1000mg kalsium sehari. Begitu juga ibu mengandung & menyusukan bayi. Tahukah anda, bayi (samada dlm kandungan @ yang sedang menyusu) mengambil kalsium dari ibu untuk membantu mereka membesar. Jika ibu-ibu tidak menambah kalsium, maka sedikit demi sedikit kalsium ibu berkurangan & akan mengakibatkan mudah mendapat osteoporosis @ paling mudah, cepat lenguh2, @ cramp pada yang hamil.
1 tablet OsteMatrix = 1 gelas susu TINGGI kalsium = 80 biji badam
Antara Keistimewaan OsteMatrix:

  • ~menguatkan tulang
  • ~meperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • ~meringankan stress
  • ~memperbaiki hiperaktiviti perut & gastrik
  • ~memperbaiki masalah haid

4 biji (1000mg) banyak untuk ditelan sekaligus? Percayalah..ianya tidak sesukar sangkaan anda kerana ianya adalah tablet mudah telan, dengan permukaan yang licin & tidak berbau.
OsteMatrix Mudah Ditelan
kat botol pun dah cakap siap2.. MUDAH DITELAN ;) 

Saya mengamalkan ketiga-tiga vitamin ini. Paling saya suka ialah OsteMatrix. sebelum menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee, saya sudah amalkan OsteMatrix. Bayangkan dengan keadaan sarat mengandung hanya menuggu hari, masih mampu berkejaran di area Jalan TAR kerana menguruskan urusan tertangguh. nanti saya ceritakan pengalaman saya bersama OsteMatrix. saya memang jatuh chenta sama dia! *wink wink*


JIKA ANDA INGIN MENDAPTKAN KETIGA-TIGA VITAMIN INI, @

INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA?

INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?

HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT::
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!


Cerita Saya & Cirit Birit

Huwahahhahaha.. tajuk agtla xseronok.. nak tulis tajuk "cerita saya & cerry berry" nnt kan xtersenarai dlm carian google ;)

Dalam sejarah, hari Raya AidilFitri bebaru ni terkena cerry berry. Xpnh lg raya begitu.. sy pn xpnh ingt pnh ke x kena cerry berry sepjg hidup.. mgkin ade zmn2 sek dlu kot.

Punca sbnr xtau..kemungkinan makan jeruk Madu Pak Ali di rumah sedara ketika beraya ke rumah beliau. Pak incik sy pn mkn jg..mgkin sy terlebih skeeettt je.. he3.. nasib la sy sorg je tkena cerry berry. Xla berebut tndas..
Dgn anak kecik yg masih menyusu badan, rasa mcm ntahla.. perasaan xtau nk ckp. Tp Alhamdulillah.. cerry berry sy kritikal time semua org tdo. Sy xletih dsebabkan kehilangan cecair badan, sy pasti penyebab xletih ialah sy minum Performance Drink ~ ia memberi tenaga & mengekalkan bendalir dlm tubuh kita~. Saya juga mencuba supplemen B'Young dr zhulian dgn fungsinya flush out everything dgn hrpn lps tu lega.. makan pil chi kit teck aun bbrp sachet sepjg tempoh cerry berry. Ambik Nutriferon supaya meningkatkan keimunanku. Semua tu booo layan. Ianya xmemberhentikan cerry berry saya. Oh ya! Td sy ckp sy xpenat kn? N mmg nmpk btenaga.. yg sakit hanyala dubur (maaf jika bahasa xsesuai) mgkin kerana membuang & basuh berulang kali. Keesokan harinya, agak petang jika x silap. Seorg jiran yg juga tkena cerry berry, memberi petua dengan meminum air rebusan tangkai kurma. Maka saya pn mencuba & Alhamdulillah sesuai dgn saya.

Maka esoknya balikla kita semula ke Perak sblm pulang ke rumah. Raya yang xberapa meriah kerana kebanyakan masa dihabiskan dirumah.

Lain kali kena beringat bila makan. Ni kes anak dh agak besar iaitu 1thn 8bln++ jd xfikir ttg keragaman perut anak.. uhuhuhuhu

sekian Ceritera saya.. huhihuhihu..

Performance Drink Bantu Cirit Birit
Performance Drink Memberikan Anda Tenaga

Nutriferon Bantu Cirit Birit


INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA?

INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?

HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT::
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!

Punca Anak Kurang Selera Makan

Antara sebab utama yg telah dikenalpasti sebagai punca tidak selera anak-anak adalah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang
Punca Anak Kurang Selera Makan

Berikut terdapat beberapa lagi masalah yang menyebabkan anak-anak mengalami masalah pemakanan juga cadangan penyelesaiannya, antaranya ialah:
  • Terlalu banyak bermain - Kebiasaannya, kanak-kanak banyak menghabiskan waktunya untuk bermain hingga mengabaikan waktu makan. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda harus menetapkan jadual makan kepada mereka setiap hari. Memang jika dibiarkan lama-kelamaan, anak-anak akan mengalami kekurangan berat badan seterusnya jatuh sakit akibat daripada jadual makan yang tidak teratur.
  • Tiada kawan - Kanak-kanak juga gemar makan berteman, cuba perhatikan jika si anak makan bersama rakan-rakan sebayanya dan makan berseorangan di rumah. Pasti ada bezanya bukan, kanak-kanak kelihatan lebih berselera jika makan beramai-ramai, apatah lagi berebut makanan. Oleh itu, jika tiba waktu makan, terutamanya di waktu cuti, apa kata anda makan di meja bersama keluarga, berkemungkinan selera anak anda akan meningkat.
  • Masalah kesihatan - Kanak-kanak yang meningkat usia sering kali mengalami masalah kesihatan seperti demam, selesema dan batuk. Masalah kesihatan yang dialami secara tidak langsung akan membuatkan selera makan anak-anak terbantut, seterusnya mereka lebih rela tidak makan. Oleh itu, si ibu perlu bijak menangani masalah ini, seperti menyediakan bubur yang menyelerakan untuk menarik selera anak anda untuk menjamah makanan. Jika mereka sakit dan dibiarkan berterusan, mungkin kesihatan anak anda akan semakin parah.
  • Masalah gigi rosak - Masalah gigi rosak di kalangan kanak-kanak juga mempengaruhi selera makan mereka. Gigi yang rosak membuatkan anak-anak sukar untuk menggigit dan mengunyah makanan. Apabila berhadapan dengan masalah ini, mereka akan berputus asa untuk makan, oleh itu pemakanan yang sesuai juga perlu diambil kira oleh si ibu bagi anak-anak yang mengalami masalah gigi.
  • Jenis makanan & cara masakan yang sama - Golongan dewasa akan jemu jika disajikan jenis makanan dan cara masakan yang sama setiap hari. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka mungkin akan menghadapi situasi yang sama, oleh itu apa kata anda cuba pelbagaikan jenis makanan dan cara masakan. Di samping itu, sajikan makanan dengan cara kreatif dan berwarna-warni agar anak tertarik untuk makan.  
  • Dos susu formula yang diberikan terlalu banyak sehingga anak sudah merasa kenyang dulu sebelum memakan makanan lain. Oleh itu, ibu harus memastikan beberapa jam selepas anak minum susu, tawarkan makanan lain yang berkhasiat. Walaupun sedikit insyaAllah lama-lama akan bertambah minat & suka pada makanan lain selain susu semata-mata. 
  • Waktu Makan - Waktu makan yang berubah-ubah juga natara faktor mereka tidak berminat untuk makan. Ini kerana mereka telah memakan makanan sampingan lain yang mungkin tidak berkhasiat untuk mengisi perutnya yang kosong. Jadualkan waktu makan yang betul & patuhinya
  • Minuman Tinggi Gula - Anak yang terlalu minum @ dihidangkan dengan minuman yang manis-manis, membuatkan selera mereka untuk makan makanan berkhasiat semakin menurun. Banyakkan memberi mereka air kosong atau jus buah-buahan. Kurangkan air minuman didalam tin atau kotak, apatah lagi minuman berkarbonat. Minuman ini TIDAK patut langsung diberikan kepada anak2 kita. 
sumber: Sinar Harian


Cara Atasi Masalah Anak Kurang Selera Makan

Jom kita ikuti pandangan pakar, iaitu Doktor Zubaidi dalam penulisan di blognya, harap ianya membantu ibu-ibu semua.

  1. Jangan memaksa anak kita mencuba makanan yang baru. Sentiasa menyediakan makanan kegemarannya. Pastikan makanan itu berkhasiat.
  2. Jangan cuba memujuk anak kita dengan menjanjikan makanan lain jika dia menghabiskan makanan yang diberikan. Contohnya gula2 @ coklat @ kek. Ini kerana makanan2 ini tidak berkhasiat & mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  3. Kreatifkan gubahan makanan seperti membuat bentuk wajah dengan menggunakan sayur-sayuran yang terang warnanya seperti lobak merah, kacang peas, broccoli, tomato & sebagainya. Jika tiada idea, pastikan makanan anak kita menarik perhatian dengan warna2 terang sayur-sayuran tadi. 
    Punca Anak Kurang Selera Makan
  4. Galakkan anak kita makan dengan lebih banyak. Menggunakan ayat2 pujukan seperti "sikiiiiit je lagi ni"... "tengok x popeye? abang nak kuat mcm popeye x?".. ha! macam2 dialog menarik bleh direka ;)
  5. Pelbagaikan makanan yang diberikan kepada anak kita sepanjang hari. Tidak bermaksud setiap kali makan, hidangan yang sama saja. Berikan mereka biskut "whole grain", yogurt, keju, buah-buahan, roti & lain2 makanan berkhasiat.
  6. Selain nasi, mee, bihun, spaghetti, pasta juga boleh diberikan kepada anak kita. Asalkan berkhasiat & sedap.
    Punca Anak Kurang Selera Makan
  7. Beritahu anak kita berapa lama masa diambil untuk makanan itu sedia dihidang & dinikmati.
  8. Pilih masa makan yang tetap. Ini secara otomatik, anak kita berasa lapar pada waktu yang ditetapkan tiba.
    Punca Anak Kurang Selera Makan
  9. Makan bersama-sama keluarga. The more the merrier. Makan bersendirian akan mengurangkan selera.
    Punca Anak Kurang Selera Makan
  10. Pada waktu makan, sembang2 santai dengan anak kita. Elakkan marah-marah agar selera makan tidak terbantut. Bukan saja pada anak2, orang dewasa juga akan hilang seleranya. ;) 

MealShakes Shaklee
MealShake

Pengalaman saya & rakan2, MealShakes Shaklee amat membantu dalam menaikkan selera anak2. MealShakes merupakan multivitamin diperkayakan dengan asid amino yang diperlukan badan, kalsium, mineral2 & fiber mencukupkan nutrisi badan anak kita. Bdan yang kurang nutrisi, cenderung untuk memilih makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan ringan dan gula2. 
Ramai ibu diluar sana berjaya menaikkan selera anak mereka dengan bantuan MealShakes. Testimoninya disini. 


September 2014, sempena Promosi MealShakes Beli 3 PERCUMA 1 canister, anda boleh hubungi saya untuk harga istimewa!!



TAWARAN ISTIMEWA!! FREE LIFETIME MEMBERSHIP JIKA ANDA MEMBELI 2 BOTOL VIVIX @ 3 KOTAK COLLAGEN POWDERHUBUNGI SAYA

INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN2 LAIN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA? @

INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?

HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT::
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...