Tips #1
Kongsikan pengalaman / gambar/ video pelanggan gembira yang telah guna (menggunakan) produk atau perkhidmatan kita.
Tips #2
Kumpul info pelanggan. Buat pertandingan / cabutan bertuah via (melalui) FB/SMS/Blog/Web atau akhbar.
Tips #3
Cara mudah & murah buat pelanggan setia. Beri Kad Diskaun / Voucher - cth: 6 kali servis FREE 1 kali.
Tips #4
Jaga imej & penampilan perniagaan, produk, staf dan diri anda (agar) kelihatan ceria (&) menarik pelanggan.
Tips #5
Rakamkan video bisnes, produk atau servis untuk menawan minat pelanggan dan viralkan di social media.
Tips #6
Bina kredibiliti anda dengan menulis e-book dan artikel percuma di laman web/blog/fb/majalah.
Tips #7
Buat publisiti yang menarik media dan orang ramai. Kaitkan dengan jenama / bisnes anda. cth: Nasi Percuma.
Tips #8
MIA
Tips #9
Buat pelanggan jatuh hati / teruja dengan senyuman dan layanan anda. Pelanggan gembira pasti berkongsi info dengan orang lain secara Percuma.
Tips #10
Menulis di Blog adalah cara percuma untuk berkongsi kepakaran dan membina pengikut setia.
Tips #11
Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara berpakaian untuk melayan pelanggan. cth: Tahun Baru Cina, pakai baju cheongsam.
Tips # 12
Libatkan diri dengan persatuan / kelab/ dewan perniagaan / koperasi untuk luaskan jaringan perniagaan anda.
Tips #13
MIA
Tips #14
Emel kepada pelanggan panduan / tips / perkembangan terkini produk atau servis & buatkan mereka sentiasa menantikan berita anda.
Tips #15
MIA
Tips #16
Guna kaedah pemasaran yang mudah tapi berkesan. cth: beri belon dengan logo syarikat pada kanak-kanak / pasang spotlight di bangunan majlis perbandaran dengan logo syarikat.
Tips #17
Libatkan perniagaan anda dengan aktiviti komuniti / kebajikan melalui penajaan, cthnya T-shirt dengan logo syarikat.
Tips #18
Tingkatkan reputasi syarikat dengan menghantar Press Release kepada media / akhbar / majalah tentang kisah / aktiviti yang menarik untuk mendapat liputan percuma.
Tips #19
MIA
Tips #20
Kaji dan kenali sasaran pasaran anda (target market), cthnya umur, jantina, rangka pendapatan, citarasa dan jual produk / servis pada orang yang tepat.
Tips #21
Keluar dari zon selesa anda (comfort zone) dan beranikan diri anda untuk menghadapi cabaran baru, cthnya" mencari pelanggan dari wilayah lain.
Tips #22
Buat pelanggan cemas, seperti meletakkan tarikh, masa dan waktu tertentu untuk promosi. cth: Diskaun produk tamat 11.59 malam ini.
Tips #23
Letakkan had pemilikan eksklusif untuk pelanggan anda. cth: Tawaran untuk 10 individu pertama sahaja.
Tips #24
Pikat hati pelanggan menerusi produk yang mereka mampu beli. cthnya: untuk jual produk cucian rambut, tawarkan perkhidmatan mencuci rambut dengan harga RM3 sahaja.
Tips #25
Tulis ayat "call-to-action" ~ ayat dorongan untuk membuat pembaca iklan bertindak. Pastikan ia jelas, mudah dibaca & menarik.
Tips #26
Strategi trial testing ~ Berikan peluang untuk prospek / bakal pelanggan mencuba produk anda dengan memberi sampel atau jangka masa tertentu untuk produk dipulangkan.
Tips #27
Hasilkan 30 banner atau kain rentang dan letak di wilayah yang ingin anda kuasai.
Tips #28
Jadikan masalah sebagai mesej pemasaran dengan mencipta mesej berpengaruh. cth: turun 2kg dalam masa 2minggu tanpa perlu bersenam.
Tips #29
Fokus pada sentuhan peribadi kepada pelanggan. Guna segala ruang & peluang yang ada ketika berkomunikasi dengan mereka sehingga pelanggan teringat-ingat bisnes anda.
Tips #30
Penuhi minda dengan idea-idea baru dengan melabur masa, wang & tenaga untuk menuntut ilmu. Berjalan, kaji bisnes berjaya, belajar budaya perniagaan, strategi pemasaran & penghasilan produk / servis.
**4 tips tidak dapat dikesan di dalam fb/twitter DAO. InsyaAllah jika saya memperolehi pada masa akan datang, saya akan update entri ni.
Selamat Beramal.
Salam Sayang,
Niza
tips no 24 tu mungkin mengundang salah faham sikit. sepatutnya mungkin kalau customer tu dilihat cuma mampu membayar RM3, kita offer dulu service yg harganya sekitar harga tersebut. tujuannya supaya customer tidak rasa terbeban hingga takmo beli apa2 langsung
ReplyDeleteNice sharing...thanks
ReplyDeleteBanyaknya tips yg best2!
ReplyDeleteboleh guna cara nih
ReplyDelete