Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Susah Nak Telan Vitamin2 Shaklee?

Assalamualaikum semua.
Banyak kali juga saya dpt komen dr kawan2 @ pelanggan tentang saiz vitamin2 Shaklee yang mana diorang ckp xleh nk telan..
Nampak pada saiz mmg besar kan? Ye la jika compare dgn vitamin yg d berikan kementerian kesihatan utk preggy moms.. kecik yg amat. Ha! Nk banding ngn saiz panadol pn, besar lagi vitamin2 Shaklee...

Ok! Saya hanya refer pada 3 vitamin sj kali ni.. bkn semua vitamin Shaklee besar2.
VITALEA
Yang paling besar sekali ialah Multivitamin Vitalea - yang kaler hijau tu. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA.
Jika anda tak boleh nak menelannya sebiji terus, anda boleh:
~patahkan 2 & telan bsama air
~biarkan ia melarut di dlm air, kemudian minum.
Ianya sgt cepat melarut.
Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan VitaLea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Nah! Menarik kan?

VITAMIN C 
Vitamin kedua terbesar saiznya - yang kaler putih-kelabu. Setiap tablet vitamin C mengandungi 500mg vitamin C dan dibebaskan 100mg setiap jam kedalam tubuh kita. Istimewakan? "Sains Pembebasan Berterusan secara Semulajadi" vitamin C telah direka khas oleh Shaklee. Tahukah anda vitamin C merupakan vitamin larut air & yg tidak digunakan akan keluar bersama air kencing @ peluh. Jika ianya telah diteknologi kan untuk dilepaskan setiap jam..maka beruntungnya badan kita, mendapat bekalan vitamin C setiap jam utk 5jam.
Antara Keistimewaan vitamin C:

  • ~membentuk kolagen
  • ~memperbaiki simptom pendarahan
  • ~meningkatkan sistem daya tahan badan
  • ~memerangi kanser - merupakan anti-oksidan, merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan kanser
  • ~mencantikkan kulit
  • ~mengekalkan kolesterol sihat
  • ~memperbaiki insomnia

 Solusi jika anda tdk dpt menelan sebiji terus, boleh dipatahkan 2 @ dilarutkan dlm air. Namun syg sekali.. teknologi pelepasan setiap jam tidak berlaku dlm keadaan ini. Jika anda ingin manfaatnya berpanjangan, cuba2 slow2 utk menelan sebiji terus.

OSTEMATRIX 
Pil berwarna putih bersih. OsteMatrix merupakan pil kalsium yang paling seimbang dengan memastikan kadar penyerapan adalah 99%. Ianya diperkayakan (antara lainnya) dengan Magnesium, Zinc & vitamin D.
1biji membekalkan 250mg kalsium. Dewasa tak kira lelaki atau wanita memerlukan 1000mg kalsium sehari. Begitu juga ibu mengandung & menyusukan bayi. Tahukah anda, bayi (samada dlm kandungan @ yang sedang menyusu) mengambil kalsium dari ibu untuk membantu mereka membesar. Jika ibu-ibu tidak menambah kalsium, maka sedikit demi sedikit kalsium ibu berkurangan & akan mengakibatkan mudah mendapat osteoporosis @ paling mudah, cepat lenguh2, @ cramp pada yang hamil.
1 tablet OsteMatrix = 1 gelas susu TINGGI kalsium = 80 biji badam
Antara Keistimewaan OsteMatrix:

  • ~menguatkan tulang
  • ~meperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • ~meringankan stress
  • ~memperbaiki hiperaktiviti perut & gastrik
  • ~memperbaiki masalah haid

4 biji (1000mg) banyak untuk ditelan sekaligus? Percayalah..ianya tidak sesukar sangkaan anda kerana ianya adalah tablet mudah telan, dengan permukaan yang licin & tidak berbau.
OsteMatrix Mudah Ditelan
kat botol pun dah cakap siap2.. MUDAH DITELAN ;) 

Saya mengamalkan ketiga-tiga vitamin ini. Paling saya suka ialah OsteMatrix. sebelum menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee, saya sudah amalkan OsteMatrix. Bayangkan dengan keadaan sarat mengandung hanya menuggu hari, masih mampu berkejaran di area Jalan TAR kerana menguruskan urusan tertangguh. nanti saya ceritakan pengalaman saya bersama OsteMatrix. saya memang jatuh chenta sama dia! *wink wink*


JIKA ANDA INGIN MENDAPTKAN KETIGA-TIGA VITAMIN INI, @

INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA?

INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?

HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT::
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!


Rahim Bengkak:: Adakah Kerana Supplemen?!

Assalamualaikum semua..
kali ni saya ingin berkongsi dgn anda semua, wanita2, ibu2 diluar sana berkenaan aset yang paling berharga sekali kurniaan Ilahi hanya untuk kita kaum Hawa, iaitu Rahim.. banyak juga persoalan & permasalahn mengnai rahim ni. Kali ni jom ikuti apa kata doktor Malinda Mohd Ali melalui akaun facebooknya berkenaan Kenapa Rahim Bengkak. Adakah ade kaitan dengan sesetengah supplemen? pemakanan?

Semoga dengan maklumat ini, mata & minda kita lebih terbuka..
=======================================
Kenapa Rahim Bengkak?
Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.
Ok.
Basically,
Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.
Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.
So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?
Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.
Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).
Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.
Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :
1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).
Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.
3. Obesiti.
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.
4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.
Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.
Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal
Perlukah operation?
Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.
So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?
Cadangan diet yang sesuai :
1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.
2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.
Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?
Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.
Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.
(Michael T. Et al, 2012), Cadangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan 'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).
Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.
Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.
Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
3. Omega3 (EPA + DHA) - anti inflammasi.
4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.
5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
7. Greentea - powerful antioxidant
GLA boleh ke?
- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
- GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO. 
- Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.
Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.
Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.
Take care of your health.
Wanita - Anda Istimewa 
Luv,
Dr. Malinda

 =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=
Semoga perkongsian dari Dr, Malinda sedikit sebanyak mebantu kita dalam memilih pemakanan kita juga dalam kita mengamalkan supplemen. Hidup berilmu ini satu nikmat.. kan?? 

Jika anda mengamalkan supplemen Shaklee & mengalami permasalahan yang biasa2 @ lain dari biasa, refer semula pada SID anda @ boleh hubungi saya. Saya sedia membantu. 


TAWARAN ISTIMEWA!! FREE LIFETIME MEMBERSHIP JIKA ANDA MEMBELI 2 BOTOL VIVIX @ 3 KOTAK COLLAGEN POWDERHUBUNGI SAYA

INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN2 LAIN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA? @

INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?

HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT::
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!


Fungsi dan Panduan Memilih Vitamin

Salam Ramadhan yang Mulia. Sempena bulan baik, bulan dimana mustajab doa, jom kita sama2 doakan saudara2 seIslam di Gaza sana.
Bagi anda yang pertama kali..yang mula2 nak bjinak dgn supplemen @ makanan tambahan @ vitamin bagi melengkapkan nutrisi badan yang makin hari makin berkurang seiring dgn usia kita, perlu utk kita ketahui setiap fungsi vitamin2 tu & juga panduan dlm memilih yang terbaik & seboleh2nya yg semulajadi. Jauhi dr memakan supplemen sintetik. Jadual dibawah ni berdasarkan buku tulisan Dr Bruce Miller ...




Fungsi dan Panduan Memilih Vitamin

Fungsi dan Panduan Memilih Vitamin

Fungsi dan Panduan Memilih Vitamin

Fungsi dan Panduan Memilih Vitamin

Fungsi dan Panduan Memilih Vitamin

Fungsi dan Panduan Memilih Vitamin

Fungsi dan Panduan Memilih Vitamin

Fungsi dan Panduan Memilih Vitamin
Fungsi dan Panduan Memilih Vitamin

Fungsi dan Panduan Memilih Vitamin

Semoga perkongsian ini berguna dan dapat dimanfaatkan untuk anda semua dalam memilih makanan tambahan. Apa jua pilihan anda, pastikan anda tahu dan yakin dengan apa yang anda pilih, samaada dari segi kehalalan, pengiktirafan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), bahan yang digunakan adakah semulajadi, keberkesanan supplemen.
Perlu mengambil semua di atas? Tidak, ikut atas keperluan badan kita. Paling minimum untuk memulakan program makanan tambahan, yang anda perlukan ialah MultiVitamin dan Protein.. namun lebih efisien jika ianya meliputi Vitamin C, Vitamin B Kompleks, Kalsium dan Alfalfa.. yang lainnya diambil mengikut tahap kesihatan dan keperluan anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya.

~ Supplemen pilihan saya sekeluarga ~


Dapatkan makanan tambahan @ supplemen asas anda disini.


INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN2 LAIN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA? @

INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?

HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT::
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!

Atasi Kulit Kusam Dengan Vitamin E & C

Kulit kusam berlaku apabila timbunan sel mati berada di permukaan kulit. Jika timbunan tersebut tidak dibuang dari permukaan kulit kita dan dibiarkan berkumpul sekian lama, ini akan menyebabkan warna kulit hilang seri dan nampak kusam

Kulit kita ni sememangnya hari-hari akan ada sel mati. Masalah ini meningkat dengan bertambahnya usia. Faktor-faktor seperti sinaran matahari, pencemaran, nutrisi pemakanan tak seimbang, rokok dan alkohol memainkan peranan penting dalam menyebabkan sel mati/kulit kusam.

Kulit yang kusam ini akan membuatkan kita nampak lebih tua dari usia.

Sel mati juga akan menyebabkan masalah-masalah kulit lain seperti jerawat, warna kulit tak sekata, jeragat, bintik-bintik hitam dan bintik-bintik putih.

Antara penyebab kulit kusam ialah:
  • Stress
  • Diet yang tidak sihat dan tidak teratur
  • Kesan dari sinar ultraviolet (uv)
  • Kurang rehat & pola tidur yang tidak menentu
  • Alkohol
  • Waktu tidur yang sering terganggu
  • Merokok
  • Pola pemakanan yang tidak teratur
  • Berat badan yang mudah naik dan turun
  • Kesan sampingan daripada penggunaan produk kecantikan @ kosmetik
Disamping penjagaan luaran, pengambilan supplemen juga membantu.. antaranya pengambilan Vitamin E dan Vitamin C. 

Jom kita belek beberapa testimoni pengguna yang mengamalkan Vitamin E.. ada juga yang menambah dengan vitamin C & supplemen2 lain. 






Jika anda mempunyai kulit wajah yang kusam, jangan teragak2 untuk dapatkan supplemen yang sesuai.. Namun harus diingat, ada antara kita yang akan mengalami healing krisis, namun krisis penyembuhan ini hanya bersifat sementara, untuk meneutralkan nutrisi dalam badan & mengeluarkan toksin2 yang terdapat dalam badan. Setiap dari kita, akan mengalami healing crisis yang berbeza. 


DAPATKAN VITAMIN E & VITAMIN C ANDA DI SINI


INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN2 LAIN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA? @


INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?

HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT::
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!


Petunjuk Protein dalam Air Kencing ketika Hamil

Tentu ibu hamil perasan tentang pentingnya pemeriksaan air kencing dalam setiap kali lawatan pemeriksaan antenatal di klinik. Tahukah anda tentang kepentingan pemeriksaan air kencing tersebut?

Doktor atau jururawat akan menggunakan kayu celup untuk mengesan protein dalam sampel air kencing ibu hamil. Kehadiran protein dalam air kencing memberikan maklumat penting tentang bagaimana buah pinggang ibu hamil berfungsi.

Kandungan protein yang rendah bermakna buah pinggang ibu sedang bekerja lebih keras daripada sebelum mengandung. Kemungkinan badan ibu hamil juga sedang melawan jangkitan kecil. Bagaimanapun doktor perlu menghantar sampel air kencing tersebut ke makmal bagi dianalisa untuk mengetahui sama ada kemungkinan ibu ada sebarang jangkitan pundi kencing atau tidak.

Sekiranya dalam pemeriksaan seterusnya, air kencing ibu masih ada protein dan kandungannya pula meningkat, ini menunjukkan kemungkinan ibu hamil sedang mengalami praeklampsia, iaitu sejenis komplikasi dalam kehamilan yang boleh menjejaskan ibu dan bayi dalam kandungan.

Pemeriksaan seterusnya akan cuba mengenal pasti sebarang tanda lain seperti peningkatan tekanan darah, kandungan protein yang semakin teruk dan berlaku pembengkakan pada kaki, tangan dan muka yang mana ia jelas membuktikan ibu mengalami praeklampsia.

Simptom-simptom lain yang mungkin boleh dialami oleh ibu hamil sebagai petunjuk dia mengalami praeklampsia adalah sakit kepala, masalah penglihatan kabur dan terdapat kilauan cahaya di hadapan mata, sakit yang teruk pada bahagian bawah rusuk dan muntah.

Jika mengalami simptom tersebut, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

sumber : Majalah Pa&Ma 

Nutrisi dan Supplemen

Beberapa supplemen dapat membantu mencegah pre-eklampsia TETAPI tidak membantu setelah anda memiliki kondisi tersebut. Jika anda menunjukkan tanda2 mengalami pre-eklampsia, maka supplemen ini hanya mampu mengurangi gejala2nya.

Kalsium (2000mg sehari) ~ jika anda mempunyai paras kalsium yang rendah atau berisiko untuk tekanan darah tinggi, beberapa kajian menunjukkan 2000mg kalsium sehari dapat menurunkan risiko terkena per-eklampsia.

Vitamin D ~ Beberapa kajian menunjukkan bahawa kadar rendah vitamin D akan meningkatkan risiko seorang wanita hamil untuk pre-eklampsia. Satu kajian menunjukkan dengan mengambil vitamin D boleh mengurangkan risiko pre-eklampsia. Dalam pada itu, pengambilan asid lemak Omega—3 juga membantu.

Magnesium terbukti membantu mengurangkan risiko mendapat pre-eklampsia menurut satu kajian.

Asid Folik dan Vitamin B6 dapat membantu mencegah gejala pada wanita yang mempunyai sejarah pre-eklampsia dan paras homocysteine yang tinggi.

Vitamin C (1000mg sehari) dan Vitamin E (400IU sehari) dapat membantu mengurangkan risiko pre-eklampsia. Selain ianya dalah menguatkan sistem daya tahan tubuh, ia juga merupakan agen antioksidan. Untuk wanita hamil, Vitamin C lebih digalakkan berbanding Vitamin E.

Coenzyme Q10 (200mg sehari) ~ dalam satu kajian terhadap wanita berisiko tinggi menghadapai pre-eklampsia, mereka mengambil CoQ10 didapati kurang berisiko untuk mengalami pre-eklampsia dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil CoQ10


Supplemen-supplemen ini boleh didapati daripada produk Shaklee. 

OsteMatrix mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D
Mengandungi Asid Folik dan kesemua vitamin B termasuk B6

2biji melengkapkan 1000mg Vitamin C yang diperlukan
CoQHealth = Coenzyme Q10 + Vitamin E + Ekstrak Teh Hijau

INGIN DAPATKAN VITAMIN2 INI UNTUK MENGAWAL PRE-EKLAMPSIA ANDA? @

INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN LAIN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA?

INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?

HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT::
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!


Hb Rendah Ketika Hamil ~ Anemia

Apabila ibu hamil, tentu sekali akan melakukan pemeriksaan darah. Ini untuk memastikan paras hb kita berada pada tahap yang sepatutnya. Saya tiada pengalaman check up di hospital swasta, namun jika di hospital kerajaan, kita akan elakkan hb ditulis dengan pen merah. Apabila hb bertulisan merah, ianya adalah langkah berjaga2, nurse akan menasihatkan agar kita mengambil sayur2 berdaun hijau seperti bayam, makan kerang, makan hati ayam.. namun tidak semua ibu boleh memakan makanan2 itu.. ade yang alergi padi kerang-kerang, ade yg tak suka makan hati.. jadi apakah yang perlu kita ambil? Sebelum tu, mari kita ketahui perkara berkaitan hb rendah @ tekanan darah rendah @ disebut juga anemia.

Dalam tempoh kehamilan, ibu hamil sering mengalami anemia. Ketika ibu mengalami anemia, darah tidak memiliki cukup sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen kepada saraf-saraf. Selama kehamilan, tubuh menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung pertumbuhan bayi. Jika tidak mendapatkan cukup zat besi atau zat gizi lain tertentu, tubuh mungkin tidak mampu menghasilkan jumlah sel darah merah yang diperlukan untuk membuat tambahan darah.

 Anemia akan terjadi apabila paras haemoglobin (sel-sel darah merah) ibu berada kurang daripada  11.0mg/dl. Wanita hamil memerlukan kira-kira 50% lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

  • ·         Ibu hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal
  • ·         9g – 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan
  • ·         7 – 8.6g/dl mengalami anemia sederhana
  • ·         Kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia yang teruk

Golongan yang berisiko mengalami anemia semasa hamil::
  • Ø  Ibu yang mengamalkan diet yang rendah zat besi
  • Ø  Jarak kehamilan terdahulu dan kini yang sangat rapat
  • Ø  Darah haid keluar sangat banyak sebelum anda hamil
  • Ø  Jika ibu mengandungkan anak kembar
  • Ø  Thalassaemia ~ penyakit kecelaruan darah yang diwarisi, dimana keupayaan untuk menghasilakn rantai haemoglobin, samaada alfa ataupun beta terjejas.

Tanda-tanda anemia::
  • ·         Keletihan @ lemah anggota badan
  • ·         Sesak nafas @ sakit dada
  • ·         Sakit kepala yang kuat
  • ·         Kepala pening, berpusing, rasa ingin pitam
  • ·         Penglihatan kabur
  • ·         Tinnitus (telinga berdengung)
  • ·         Jantung berdebar
  • ·         Kelopak mata, dasar kuku dan lidah kelihatan pucat

  • Bagi yang mengalami sesetengah tanda2 diatas, bolehla mencuba::
  • ·         Duduk atau baring jika merasa pening untuk mengelakkan terjatuh
  • ·         Elakkan mengubah posisi duduk atau berdiri dengan pantas
  • ·         Berbaring ke sebelah kanan boleh membantu peredaran darah ke jantung

 Kesan anemia kepada Ibu::
  • Ø  Ibu boleh pitam
  • Ø  Mengalami keguguran
  • Ø  Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Ø  Mengalami kegagalan jantung
  • Ø  Risiko mengalami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan::
  • Ø  Pertumbuhan janin terbantut @ Intrauterine growth restriction (IUGR)
  • Ø  Lahir tidak cukup bulan @ pra-matang
  • Ø  Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Ø  Bayi lemas semasa proses kelahiran
  • Ø  Bayi meninggal ketika lahir @ stillbirth

Diet untuk ibu anemia::
  • ·         Makan banyak sumber yang kaya zat besi:
    • Ø  Sayur-sayuran berdaun hijau tua
    • Ø  Roti bijian penuh
    • Ø  Bijirin yang diperkaya dengan zat besi
    • Ø  Kentang,
    • Ø  Daging merah tanpa lemak
    • Ø  Kerang-kerangan
    • Ø  Kismis
    • Ø  Prun
    • Ø  Kekacang
  • ·         Vitamin C membantu menyerap zat besi dalam pemakanan. Minum banyak jus oren atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya vitamin C semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu mengelak daripada mendapat anemia.
  • ·         Minuman berkafein, teh dan kopi membuatkan sukar bagi badan menyerap zat besi. Oleh itu, elakkan meminumnya semasa waktu makan.


Shaklee juga mempunyai supplemen zat besi iaitu Vitalea.. ianya adalah multivitamin dan multimineral yang diformulasikan dengan zat besi. Untuk penyerapan lebih optimum, digalakkan diambil bersama Vitamin C “pelepasan bertingkat”. Semoga dengan pengambilan kedua2 vitamin ini, dapat membantu ibu2 hamil diluar sana mengekalkan paras hb berada pada tahap yang sepatutnya.
Kedua2 vitamin / supplemen ini terdapat dalam set Hamil Shaklee.. jom kita baca luahan hati pengguna set Hamil Shaklee..

Testimoni pengguna:: 

“Masa kandungan saya 4bulan, HB saya drop dr 14.00 turun 9.93 & nurse sahkan sy mghidap MILD ANEMIA. Patut bdn saya letih yg amat. Bgun pagi badan rasa xsdap. Bila dgr. So, saya tekad utk consume semula Shaklee & ambil set kehamilan. Dr testimoni yg saya baca, Vitalea bgus utk naikkan HB. So saya consume Vitalea, B Comp, Oste, Vit C, Omega Guard, ESP.

Alhamdulillah 2 minggu kemudian saya check HB saya hr ni dan HB saya naik 11.3! Yeahhhh! Bukan itu jer, bdan dah xletih, bgun pagi rasa fresh. Slalu susah nk bangun. Rambut pula da kurang gugur”

Alhamdulillah dengan izinNya, HB beliau kembali normal, tiada lagi kerisauan, apa yang lagi best, badan pun kembali bertenaga, mudah bangun tidur & rambut juga kurang gugur.


Buku “pink” anda ada tulisan pen merah? pada column HB? Pada catatan nurse?
Atau anda sering letih lesu & rasa ingin pitam?
Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut. Saya bukan doktor, namun dengan ilmu yang tak seberapa ini, saya ingin membantu anda agar lebih sihat agar dapat sama2 beribadah kepadaNya. insyaAllah…

DAPATKAN SET HAMIL SHAKLEE DEMI MEMENUHI KEPERLUAN NUTRISI ANDA DAN BAYI


Salam Kasih Mesra, 
NIZA {915474}
013 - 584 9326
khaireen1908@gmail.com
jom like fbPage:: HeaLtH is pReCioUs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...