Punca dan Rawatan Keputihan Semasa Hamil

Keputihan atau dalam dunia kedoktoran disebut juga fluor albus merupakan cairan yang dikeluarkan oleh vagina. Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda. Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapt ketidakseimbangan diantara jumlah kulat yis dan mikro-organisma lain dalam badan kita.

Kenapa wanita hamil lebih banyak keputihan?
~ keputihan terjadi kerana adanya perubahan hormon di saat kehamilan. Kehamilan membuatkan aliran darah yang meningkat ke daerah kewanitaaan dan hal ini menyebabkan cairan yang dikeluarkan oleh vagina semakin meningkat. Cairan ini bermanfaat mencegah infeksi dari vagina menyebar ke arah Rahim. Lebihan cairan ini juga memungkinkan terjadinya infeksi pada vagina jika kebersihan tidak dititik beratkan. Hal ini berlaku kerana sepanjang kehamilan wanita biasanya mengalami kesukaran membersihkan daerah intim.
Keputihan selama kehamilan bersifat normal jika cairan yang dihasilkan biasanya berwarna jernih cenderung ke putih, tidak berbau, tidak gatal dan tidak menyakitkan.

Keputihan yang tidak normal saat kehamilan banyak disebabkan oleh kulat (Candida albicans), dimana gejala yang ditemui adalah::
  • §  Timbulnya cairan berwarna putih kekuningan
  • §  Jumlahnya banyak
  • §  Rasa gatal yang tak tertahankan.

Penyebab terjadinya infeksi Candida Albicans ::
v  Faktor hormon
v  Keadaan lembab disekitar daerah kewanitaan
v  Kebersihan
v  Hilangnya kulat normal akibat penggunaan antibiotic berpanjangan
v  Penggunaan pembersih wanita
v  Penyakit diabetes mellitus
v  Sistem imun @ Kekebalan tubuh menurun

Selain kulat, keputihan di saat kehamilan juga boleh terjadi disebabkan bakteria bakteriosis vaginalis (BV). Seringkali juga disebabkan oleh Gardnerella vaginalis. Gejala-gejalanya ialah::
  • ·         Cairan berwarna putih kelabu
  • ·         Berbau amis
  • ·         Sakit pada daerah kewanitaan.

Trichomonas vaginalis merupakan protozoa yang juga sering menyebabkan infeksi vagina pada kehamilan. Tanda-tandanya::
  • ·         Cairan berwarna kuning kehijauan
  • ·         Bersifat kental @ berketul
  • ·         Berbau busuk
  • ·         Sakit ketika membuang air & ketika hubungan intim

Jika anda yang sedang hamil mengalami tanda-tanda keputihan abnormal sebaiknya segera berjumpa doktor. Rawatan untuk keputihan abnormal perlu segera & khusus agar infeksi yang terjadi di vagina tidak tersebar kepada Rahim yang boleh membahayakan janin.  

Adakah keputihan membahayakan bayi dalam kandungan?
Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim. Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih dimulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga.

Dos and Don’ts kepada keputihan semasa kehamilan
  1. Hindarilah penggunaan tampon atau pantyliners,
  2. Hindari pencuci vagina atau douche kerana dapat mengganggu PH normal. Jika PH terganggu akan mudah terkena infeksi,
  3. Hindari penggunaan sembarangan air untuk membasih vagina terutama di tandas awam,
  4. Hindari pakaian dalam yang ketat dan dari material yang tidak menyerap peluh,
  5. Jaga kebersihan daerah kewanitaan & pastikan sentiasa kering agar bakteria tidak mudah membiak,
  6. Gunakanlah pakaian dalam yang tidak terlalu ketat dan dari material cotton,
  7. Segera ganti pakaian dalam pabila terasa lembab,
  8. Gunakan sabun tanpa pewangi,
  9. Keringkan daerah kewanitaan selepas ke tandas dengan bersih, gunakan tuala yang bersih dan jangan gunakan tisu apatah lagi yang beraroma wangi,
  10. Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup @ lactobasillus ke dalam dan di sekeliling faraj,
  11. Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembab yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat,
  12. Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.
  13. Cuci vagina dan persekitarannya dengan rebusan daun sirih.
  14. Amalkan memakan vitamin C untuk meningkatkan imuniti tubuh.
  15. Bawang putih boleh juga digunakan untuk merawat keputihan kerana ia merupakan sumber antibiotik asli.

Di Shaklee, supplemen yang disarankan untuk keputihan ketika hamil ialah Garlic dan Vitamin C. Jika anda sedang hamil dan mengalami keputihan, bolehla mendapatkan supplemen2 ini daripada saya. Konsultasi & cara pengambilan diberikan eksklusif kepada anda. Selepas bersalin, jika masih mengalami keputihan boleh diteruskan dengan pengambilan Alfalfa Complex.  


Salam Kasih Mesra, 
NIZA (915474)
013 - 584 9326
khaireen1908@gmail.com
fbPage:: HeaLth is pReCioUs



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...