Punca Anak Kurang Selera Makan

Antara sebab utama yg telah dikenalpasti sebagai punca tidak selera anak-anak adalah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang
Punca Anak Kurang Selera Makan

Berikut terdapat beberapa lagi masalah yang menyebabkan anak-anak mengalami masalah pemakanan juga cadangan penyelesaiannya, antaranya ialah:
  • Terlalu banyak bermain - Kebiasaannya, kanak-kanak banyak menghabiskan waktunya untuk bermain hingga mengabaikan waktu makan. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda harus menetapkan jadual makan kepada mereka setiap hari. Memang jika dibiarkan lama-kelamaan, anak-anak akan mengalami kekurangan berat badan seterusnya jatuh sakit akibat daripada jadual makan yang tidak teratur.
  • Tiada kawan - Kanak-kanak juga gemar makan berteman, cuba perhatikan jika si anak makan bersama rakan-rakan sebayanya dan makan berseorangan di rumah. Pasti ada bezanya bukan, kanak-kanak kelihatan lebih berselera jika makan beramai-ramai, apatah lagi berebut makanan. Oleh itu, jika tiba waktu makan, terutamanya di waktu cuti, apa kata anda makan di meja bersama keluarga, berkemungkinan selera anak anda akan meningkat.
  • Masalah kesihatan - Kanak-kanak yang meningkat usia sering kali mengalami masalah kesihatan seperti demam, selesema dan batuk. Masalah kesihatan yang dialami secara tidak langsung akan membuatkan selera makan anak-anak terbantut, seterusnya mereka lebih rela tidak makan. Oleh itu, si ibu perlu bijak menangani masalah ini, seperti menyediakan bubur yang menyelerakan untuk menarik selera anak anda untuk menjamah makanan. Jika mereka sakit dan dibiarkan berterusan, mungkin kesihatan anak anda akan semakin parah.
  • Masalah gigi rosak - Masalah gigi rosak di kalangan kanak-kanak juga mempengaruhi selera makan mereka. Gigi yang rosak membuatkan anak-anak sukar untuk menggigit dan mengunyah makanan. Apabila berhadapan dengan masalah ini, mereka akan berputus asa untuk makan, oleh itu pemakanan yang sesuai juga perlu diambil kira oleh si ibu bagi anak-anak yang mengalami masalah gigi.
  • Jenis makanan & cara masakan yang sama - Golongan dewasa akan jemu jika disajikan jenis makanan dan cara masakan yang sama setiap hari. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka mungkin akan menghadapi situasi yang sama, oleh itu apa kata anda cuba pelbagaikan jenis makanan dan cara masakan. Di samping itu, sajikan makanan dengan cara kreatif dan berwarna-warni agar anak tertarik untuk makan.  
  • Dos susu formula yang diberikan terlalu banyak sehingga anak sudah merasa kenyang dulu sebelum memakan makanan lain. Oleh itu, ibu harus memastikan beberapa jam selepas anak minum susu, tawarkan makanan lain yang berkhasiat. Walaupun sedikit insyaAllah lama-lama akan bertambah minat & suka pada makanan lain selain susu semata-mata. 
  • Waktu Makan - Waktu makan yang berubah-ubah juga natara faktor mereka tidak berminat untuk makan. Ini kerana mereka telah memakan makanan sampingan lain yang mungkin tidak berkhasiat untuk mengisi perutnya yang kosong. Jadualkan waktu makan yang betul & patuhinya
  • Minuman Tinggi Gula - Anak yang terlalu minum @ dihidangkan dengan minuman yang manis-manis, membuatkan selera mereka untuk makan makanan berkhasiat semakin menurun. Banyakkan memberi mereka air kosong atau jus buah-buahan. Kurangkan air minuman didalam tin atau kotak, apatah lagi minuman berkarbonat. Minuman ini TIDAK patut langsung diberikan kepada anak2 kita. 
sumber: Sinar Harian


Cara Atasi Masalah Anak Kurang Selera Makan

Jom kita ikuti pandangan pakar, iaitu Doktor Zubaidi dalam penulisan di blognya, harap ianya membantu ibu-ibu semua.

  1. Jangan memaksa anak kita mencuba makanan yang baru. Sentiasa menyediakan makanan kegemarannya. Pastikan makanan itu berkhasiat.
  2. Jangan cuba memujuk anak kita dengan menjanjikan makanan lain jika dia menghabiskan makanan yang diberikan. Contohnya gula2 @ coklat @ kek. Ini kerana makanan2 ini tidak berkhasiat & mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  3. Kreatifkan gubahan makanan seperti membuat bentuk wajah dengan menggunakan sayur-sayuran yang terang warnanya seperti lobak merah, kacang peas, broccoli, tomato & sebagainya. Jika tiada idea, pastikan makanan anak kita menarik perhatian dengan warna2 terang sayur-sayuran tadi. 
    Punca Anak Kurang Selera Makan
  4. Galakkan anak kita makan dengan lebih banyak. Menggunakan ayat2 pujukan seperti "sikiiiiit je lagi ni"... "tengok x popeye? abang nak kuat mcm popeye x?".. ha! macam2 dialog menarik bleh direka ;)
  5. Pelbagaikan makanan yang diberikan kepada anak kita sepanjang hari. Tidak bermaksud setiap kali makan, hidangan yang sama saja. Berikan mereka biskut "whole grain", yogurt, keju, buah-buahan, roti & lain2 makanan berkhasiat.
  6. Selain nasi, mee, bihun, spaghetti, pasta juga boleh diberikan kepada anak kita. Asalkan berkhasiat & sedap.
    Punca Anak Kurang Selera Makan
  7. Beritahu anak kita berapa lama masa diambil untuk makanan itu sedia dihidang & dinikmati.
  8. Pilih masa makan yang tetap. Ini secara otomatik, anak kita berasa lapar pada waktu yang ditetapkan tiba.
    Punca Anak Kurang Selera Makan
  9. Makan bersama-sama keluarga. The more the merrier. Makan bersendirian akan mengurangkan selera.
    Punca Anak Kurang Selera Makan
  10. Pada waktu makan, sembang2 santai dengan anak kita. Elakkan marah-marah agar selera makan tidak terbantut. Bukan saja pada anak2, orang dewasa juga akan hilang seleranya. ;) 

MealShakes Shaklee
MealShake

Pengalaman saya & rakan2, MealShakes Shaklee amat membantu dalam menaikkan selera anak2. MealShakes merupakan multivitamin diperkayakan dengan asid amino yang diperlukan badan, kalsium, mineral2 & fiber mencukupkan nutrisi badan anak kita. Bdan yang kurang nutrisi, cenderung untuk memilih makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan ringan dan gula2. 
Ramai ibu diluar sana berjaya menaikkan selera anak mereka dengan bantuan MealShakes. Testimoninya disini. 


September 2014, sempena Promosi MealShakes Beli 3 PERCUMA 1 canister, anda boleh hubungi saya untuk harga istimewa!!



TAWARAN ISTIMEWA!! FREE LIFETIME MEMBERSHIP JIKA ANDA MEMBELI 2 BOTOL VIVIX @ 3 KOTAK COLLAGEN POWDERHUBUNGI SAYA

INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN2 LAIN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA? @

INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?

HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT::
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!


3 comments:

  1. kak niza.. kita datang blogwalking kat sini.. jemput jenguk ke page kita ye..
    http://serendipity-wp.blogspot.com/

    done follow akak..

    ReplyDelete
  2. Mekasih Didie dear.. akak ade jenguk2 blog farah, cuma x tinggal jejak jer.. he3

    ReplyDelete
  3. Mekasih Didie dear.. akak ade jenguk2 blog farah, cuma x tinggal jejak jer.. he3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...