KEPENTINGAN VITAMIN
Vitamin adalah zat gizi yang amat diperlukan tubuh bagi memudahkan
kita melakukan aktiviti seharian. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan
seseorang itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang menjejaskan tahap
kesihatan.
VITAMIN A
*gambar ihsan Google |
Merupakan salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak.
Pengambilan vitamin A bertujuan untuk membantu tumbesaran, kesihatan gigi dan
memelihara penglihatan. Kandungan vitamin ini boleh didapati dalam sayuran
seperti bayam dan kangkung, buah-buahan, hati, susu, mentega dan telur.
VITAMIN B
Terdiri daripada 8 jenis iaitu B1 (Tiamin), B2 (Riboflavin), B3
(Niasin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folat) dan B12
(Kobalamin). Vitamin B kompleks ini berperanan penting dalam menjaga kesihatan.
Ini kerana ia amat diperlukan bagi menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrien
dan sistem saraf. Sumber vitamin B boleh diperoleh daripada sayuran seperti
lobak merah, daging, ayam, ikan, kekacang dan bijirin termasuk gandum.
VITAMIN C
Antioksidan yang bermanfaat bagi pertumbuhan dan penggantian tisu,
pembentukan kolagen serta membantu gusi sihat. Di samping itu, vitamin C turut
meningkatkan penyerapan zat besi, mencegah pembekuan darah dan mempercepat
proses penyembuhan luka. Ia terkandung dalam buah-buahan termasuk buah beri dan
sayuran hijau seperti asparagus dan bayam.
VITAMIN D
Diperlukan bagi merangsang tumbesaran tulang dan gigi yang sihat.
Pengambilan vitamin D juga dapat mencegah otot menjadi lemah. Antara makanan
yang mengandungi vitamin D boleh didapati daripada hasil tenusu, telur, hati
dan minyak ikan. Ia juga amat istimewa kerana terbentuk daripada tindak balas
cahaya matahari pada kulit.
VITAMIN E
Memperbaiki peredaran darah dan tisu di samping mencegah dan
menggalakkan kulit serta rambut yang sihat. Zat ini juga dipercayai dapat
mencegah kanser dan penyakit katarak. Vitamin E mudah didapati dalam kekacang,
ubi kentang, gandum dan rumpai laut.
VITAMIN K
Amat bermanfaat kepada penghidap osteoporosis. Ini kerana ia dapat
membaiki pertumbuhan tulang selain membantu pembekuan darah. Vitamin K juga
berupaya meningkatkan daya tahan jangkitan kepada kanak-kanak dan menolong
mencegah kanser. Khasiat vitamin K boleh diperoleh daripada bijirin, sayuran
seperti asparagus dan kubis bunga serta hati.
INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN @ VITAMIN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA? @
INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?
HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT::
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!
No comments:
Post a Comment