Tips Mengatasi Kesulitan Tidur Semasa Hamil

Posisi terbaik semasa tidur::
Pakar2 perubatan menganjurkan supaya selepas minggu ke-16 kehamilan, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi miring ke sisi kiri kerana posisi ini membuatkan bayi anda mendapat pengaliran darah dan makanan yang lebih.
Ia disebabkan adanya vena besar (inferior vena cava) di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. posisi ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki dan tangan. Untuk tidur dengan posisi miring lebih selesa, ibu2 boleh meletakkan bantal di antara paha dan satu dipunggung. atau ibu boleh mendapatkan bantal tidur yang khusus untuk ibu hamil.
tidur posisi miring ke kanan juga baik dan ibu boleh mengubah posisi miring ke kanan dan kekiri untuk membuatkan tidur ibu lebih selesa. 

Tidur dengan posisi terlentang
Selepas minggu ke-16 kehamilan,, adalah digalakkan ibu hamil supaya TIDAK tidur terlentang kerana posisi tidur ini menyebabkan ibu meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan inferior vena cava. tidur dalam keadaan posisi terlentang juga dapat meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, gangguan pencernaan dan mengganggu pernafasan dan peredaran darah. posisi tidur terlentang pada trimester kedua dan ketiga juga dapat mempengaruhi tekanan darah. terdapat sesetengah ibu yang menunjukkan penurunan tekanan darah yang membuatkan ibu berasa pening kepala. 
selain itu, terdapat juga mereka yang mengalami peningkatan tekanan darah. sekiranya ibu hamil yang mempunyai tekanan darah yang tinggi adalah amat tidak digalakkan untuk tidur dengan posisi terlentang. 

::Tip Mengatasi Kesulitan Tidur Temasa Hamil::

Posisi tidur yang selesa
~Faktor yang terpenting untuk dapat tidur dengan selesa adalah tidur dalam posisi tidur yang terbaik untuk anda. posisi tidur terbaik yang dianjurkan sepanjang tempoh kehamilan adalah posisi tidur miring ke sisi kiri ibu. ini dapat membantu meningkatkan pengaliran darah, oksigen dan nutrisi kepada plasenta.

Mandi dengan air panas
~Mandilah dengan air panas (tidak terlalu panas) dengan sabun yang wangi. rasa segar akan membantu anda bersiap untuk tidur.

Hindari terlalu banyak makan sebelum tidur
~Ibu hamil seringkali berasa ingin makan sesuatu pada malam hari. tetapi berhati-hatilah kerana ia akan mempengaruhi tidur anda. cubalah untuk menghindari makan yang banyak atau terlalu kenyang sebelum tidur. ibu dapat menggantikannya dengan makanan ringan yang lain atau dengan segelas susu panas. ia adalah untuk mengurangkan rasa tidak selesa di ulu hati atau perut ibu yang akan mempengaruhi waktu tidur ibu hamil.

Minum segelas susu panas
~Ia akan membantu ibu untuk tidur nyenyak kerana susu mengandungi asid amino tryptophan yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak yang akan membantu ibu untuk tidur. 
*juga boleh bancuh ESP yang enak itu.

Berjimak
~Berjimak dengan pasangan juga merupakan salah satu cara yang baik untuk memberikan rasa relax dan santai buat ibu hamil. tetapi jika ibu merasa tidak mahu melakukannya, mintalah pasangan anda untuk meberikan urutan yang lembut sehingga anda berasa lebih tenang dan bahagia kerana dimanjakan.

Latihan menarik nafas
~Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot dan membantu ibu untuk tidur lebih baik. carilah posisi yang selesa untuk ibu duduk, berdiri ataupun berbaring, lalu tariklah nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama 1-2 saat. kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali. 

Semoga dengan tip-tips ini, ibu2 hamil mendapat tidur yang berkualiti dan lena diulit mimpi.. 

Ibu2 juga boleh mengambil supplemen Ostematrix kerana ia membantu dalam mendapatkan tidur yang lena & bangun keesokan paginya lebih bertenaga & mudah. 
PROMOSI BUY 6 FREE 1 OSTEMATRIX SEPANJANG APRIL 2014


INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA?

INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?

HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT::
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...