Adakah Sistem Multi Level Marketing (MLM) Shaklee Mengikut Shariah?

Kebelakangna ni banyak bisnes diiklankan atas talian (online) terutama melalui facebook, ramai juga yang mengajak menyertai bisnes mereka tanpa perlu berbuat apa2 kecuali mengajak beberapa orang kawan menyertai sama, namun tetap mendapat income. Pabila situasi ini terjadi, terpikir saya, adakah ianya Halal? Mengikut Shariah? Dan yang pasti saya tahu ianya adalah MLM. Setelah menyertai Shaklee baru saya tahu ianya (Shaklee) adalah MLM..kerana selama ini tidak menampakkan ianya satu sistem MLM. Kenapa? Dan jika ianya MLM adakah Shaklee mengikuti hukum Shariah? Jom saya jelaskan berdasarkan artikel dari blog Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman bertajuk  “Multi Level Marketing Menurut Shariah”.

Menurut beliau, asas Shariah minima seperti berikut harus dipatuhi dalam sistem MLM:
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
Shaklee amat mementingkan kualiti produknya. Setiap produk diuji secara klinikal dan seterusnya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ramai yang telah mencuba dan mendapat manfaat dari Shaklee termasuk saya sendiri. Motto Shaklee sendiri, "Better You, Better World" menggambarnya secara jelas tujuan Shaklee membantu pengguna mendapatkan kesihatan diri yang baik.

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
Produk Shaklee merangkumi supplemen & vitamin2 kesihatan, penjagaan kulit kepala, penjagaan wajah dan penjagaan kebersihan rumah.  Tiada emas & perak.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
Benar, upline dalam Shaklee hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantu sahaja.  Upline perlu menjaga dan memberi ilmu pada ‘anak’, ‘cucu’, ‘cicit’nya. Upline perlu melatih downline dan downline juga berhak mendapatkan konsultasi dari upline kalau ada yang tak faham, atau ada sebarang masalah berkaitan Shaklee. Pelbagai cara perhubungan tersedia di zaman moden ni. Ilmu boleh diperoleh di hujung jari sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
Setiap komisen Shaklee bergantung pada nilai point (UV) yang dikumpulkan hasil pembelian produk, bukan berapa ramai downline yang ditaja. Kalau ramai yang ditaja pun tapi semua tiada belian, maka tiada komisen diberikan. 

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komisyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.
Benar. Tiada paksaan untuk membeli dalam Shaklee. Kalau beli dapat point dan bonus. Kalau tak beli, tak dapat apa2 dan keahlian masih lagi sah.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
Tiada konsep upline "goyang kaki" dalam sistem MLM Shaklee. Setiap leader harus berusaha membimbing downline mencapai target dan impian anak didiknya. Bonus kepimpinan ini diperoleh berdasarkan peratusan jualan kesemua ahli di dalam jaringannya. Malah, komisyen ini hanya diperoleh setakat 5 level sahaja bergantung kepada pangkat upline tersebut. Tidak wujud konsep upline beroleh komisyen secara infiniti tanpa mengira level. Di Shaklee, upline menurunkan segala ilmu kepada downline samada dari segi pemasaran online/offline, cara konsultasi pelanggan, berkongsi perkongsian yang diperolehi dalam seminar yang tidak disertai downline & banyak lagi.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
Terdapat MLM yang menggunakan konsep "seniority" dalam sistemnya. Dalam Shaklee, siapa usaha lebih, dia yang akan berjaya. Malah, downline juga boleh melangkau pangkat upline. 

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Sistem komisyen Shaklee adalah telus, mudah difahami dan tiada sebarang unsur 'tersembunyi'. Setiap ahli dibekalkan dengan business manual dan penerangan akan diberi secara telus jika terdapat sebarang kemusykilan.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Modal untuk keahlian sama sahaja untuk semua ahli manakala modal lain pula direct kepada Shaklee dan bukan dikeluarkan oleh ahlinya samada upline atau downline. Tidak timbul sebarang isu di sini.

Sebagai orang Islam, sudah pasti kita inginkan rezeki yang halal menjadi sumber darah daging kita sekeluarga dan anak2. MLM ni menjadi haram apabila sistem yang digunakan tidak menepati kehendak Shariah. Namun, terdapat juga keadaan di mana ahlinya sendiri memanipulasi sistem sehingga menganiaya downline sekaligus mencemar sistem MLM ini. Ini terjadi apabila downline dipaksa mengeluarkan modal beribu2 untuk membeli produk namun akhirnya produk tidak terjual dan terjadinya kerugian. 

Saya amat bertuah kerana Allah menemukan saya dengan kumpulan yang betul dan hebat. Malah, merupakan kumpulan terhebat dalam jaringan Shaklee dengan jumlah jualan tertinggi dalam setahun. Alhamdulillah, sistem MLM Shaklee bukanlah haram kerana ianya mematuhi Shariah.


INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA?

INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?

HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...