Kepentingan Kalsium untuk Ibu Hamil

“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata Dr. Delilah Ahmad, Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ).

Jelas Dr Delilah lagi, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.

“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

Kenapa Kalsium begitu penting kepada kita terutama ibu hamil? Jom kita tengok peranan Kalsium:

Penting Ketika Proses Ovulasi
Proses ovulasi atau pembenihan yang menyebabkab terjadinya kehamilan juga melibatkan kalsium di dalamnya. Ia memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak ke rahim. Komponen kalsium berada di hujung depan sperma dan membantunya memasuki membran sel telur.

Untuk Tulang
Tulang adalah organ tubuh yang mengandungi 2 jenis kalsium iaitu karbonat dan fosfat. Kedua-duanya membentuk tulang yang padat dan kuat. Keperluan kalsium harian wanita hamil meningkat kerana proses pembesaran janin. Jika pengambilan kalsium kurang , janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibunya. Akibatnya tulang ibu kurang kalsium , menjadi rapuh dan keropos.

Untuk Gigi
Jika ibu kurang kalsium, gigi mudah rapuh, berlubang, goyang dan tanggal. Itu sebabnya kehamilan juga dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi

Untuk Jantung
Kehamilan menyebabkan kerja jantung bertambah berat. Apa yang menyebabkan jantung secara berterusan berdenyut dan mengepam? Jawapannya ialah Kalsium. Ketika jantung mengepam , ion kalsium mengatur degupannya, kalsium pula mengaktifkan protein untuk menggerakkan otot jantung mengempis dan mengembang. Kekurangan kalsium melemahkan kemampuan otot jantung berdegup dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.

Untuk Sistem Imun
Sistem ketahanan tubuh bertindak melindungi dan menolak unsur asing manakala ion kalsium yang pertama memberi tanda "bahaya" dan mengarahkan sistem ketahanan badan bertindak melawan "musuh" dengan mengubah bentuk dan memusnahkannya . Jika ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga kerjayanya tidak maksimum. Sistem imun yang terganggu memberi kesan sampingan gangguan kulit sperti keradangan kulit dan jerawat.

Untuk Pertumbuhan dan Kesihatan Janin
Selama pertumbuhannya janin memerlukan 13 mg kalsium daripada darah ibu. kecukupannya menjamin pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.

Pelbagai produk @ tablet kalsium dipasaran, namun dalam pemilihannya, pastikan kita mendapatkan yang semulajadi, yang terbukti berkesan, Kalsium bekerja dengan sempurna dengan kehadiran Magnesium juga vitamin D.. pemilihan tablet kalsium sebegini, amatlah digalakkan. Sesetengah tablet kalsium mempunyai bau & menyebabkan kesukaran untuk menelannya.

OsteMatrik merupakan tablet mudah-telan Kalsium-Magnesium-vitamin D.


DAPATKAN OSTEMATRIX DEMI MEMENUHI KEPERLUAN KALSIUM ANDA


INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN LAIN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA?

INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?

HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT::
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...