menurut dr Zubaidi dalam blognya, sembelit tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak membuang air besar. Malah 3hari sekalipun masih dikira normal, jika anak2 itu tidak menunjukkan tanda2 mengalami sembelit.
Tanda-tanda Mengalami Sembelit:
- Bayi atau kanak-kanak tu menangis dan menunjukkan rsa resah atau tidak selesa ketika membuang air besar. bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar.
- Najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang
- Kentut dan najis juga mungkin berbau lebih busuk
- Kekerapan membuang air besar menjadi berkurangan iaitu kurang 3kali dalam seminggu
- Bayi atau kanak2 tidak mempunyai selera makan
- Perut menjadi kembung
Punca Berlakunya Sembelit di kalangan Bayi & Kanak-kanak:
- Antara punca utama berlakunya sembelit ialah susu formula. Bayi yang diberikan susu formula mudah mendapat sembelit berbanding bayi yang diberikan susu ibu kerana susu formula sukar dihadamkan dan diserap masuk kedalam usus.
- Bayi yang mula diberikan makanan separuh pejal juga mudah sembelit. Usus mereka yang tidak matang belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jadi pastikan makanan separuh pepejal yang hendak diberikan adalah makanan yang lembut dan mudah dihadam. Banyak kandungan air dalam makanan itu ketika menyediakannya.
- Bayi dan kanak2 yang tidak selera untuk minum susu kerana demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi mudah mengalami sembelit kerana kekurangan air dalam badan atau dehidrasi.
- Disebabkan oleh penyakit kecacatan semasa lahir (congenital disease) yang disebut Hirschprung's disease; apabila lubang dubur agak ketat dan sukar membuang air besar.Bbegitu juga jika lubang dubur tidak dibentuk dengan sempurna seperti dalam kes penyakit anorectal malformation, spinal bifida dan cystic fibrosis.
Cara Semulajadi untuk mengelak masalah sembelit pada kanak2 & bayi:
- Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. ini akan merangsangkan pergerakan najis dalam usus.
- Jika bayi yang berusia lebih enam bulan keatas dan menyusu susu formula, boleh berikan makan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. berikan pada kadar berpatutan dan minta nasihat doktor. ini akan menambahkan kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka membuang najis dengan lebih mudah.
- Bagi kanak-kanak yang berumur setahun dan keatas boleh diberikan air buah-buahan seperti tembikai atau air mineral suam dalam kadar berpatutan. jus betik yang dikisar juga baik untuk mereka, selain mempunyai banyak serat, betik juga mengandungi bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.
- Boleh bancuh sesudu MealShake Shaklee kedalam susu formula @ minuman kegemaran anak.
BERMINAT NAK DAPATKAN MEALSHAKE?
INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA?
INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?
HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT::
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!
No comments:
Post a Comment