Bagaimana Magnesium Mengatasi Sembelit

SEMBELIT
Sembelit berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar kurang daripada 3kali seminggu, yang diikuti oleh mengeran (straining), sakit sewaktu buang air, dan buang air besar dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul-ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lender dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mucus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar. Sembelit merupakan gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap terlalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak kearah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya najis menjadi keras dan kering.

Punca-punca berlakunya Sembelit:
  • Kurang serat dalam diet seharian
  • Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar atau Irritable Bowel Syndrome
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan
  • Menahan untuk membuang air besar
  • Kekurangan air
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok
  • Masalah dengan kolon dan rectum
  • Masalah dengan fungsi usus
  • Luka pada lubang dubur
  • Rectum runtuh
  • Terdapat kanser pada rectum
  • Ulser pada lapisan dinding usus (mukosa)
  • Radang usus besar Ulcerative Colitis dan Crohn’s desease
  • Paras kalsium yang tinggi dalam darah
  • Paras hormon thyroid yang rendah dalam darah
  • Penyakit porphyria (kandungan porphyrin yang tinggi dalam darah) – menyebabkan muntah dan sembelit
  • Keracunan oleh plumbum
  • Antara ubat-ubatan yang boleh menyebabkan sembelit ialah:
    • #Antasid yang mengandungi unsur Aluminium
    • #Ubat tahan sakit jenis opioid atau ubat batuk
    • #Pil zat besi
    • #Ubat penggalak kencing seperti Furosemide yang mengurangkan paras kalium dalam darah dan usus)
  • Masalah pada saraf juga boleh menyebabkan sembelit:
    • #kecederaan pada tulang belakang atau pada saraf periferi
    • #penyakit neuropati (sakit saraf) akibat kencing manis, menjejaskan saraf autonomi yang mengawal aktiviti usus
    • #Systemic Sclerosis (CREST)
    • #penyakit usus akhir besar (mega-kolon)

Bagaimana Magnesium boleh membantu mengelakkan sembelit

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam ussu dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.

Kesan ini berlaku melalui dua mekanisma:

1.   Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit

2.  Magnesium ‘menarik’ air – ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik

Disebabkan Magnesium akan ‘menarik’ air, anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplemen Magnesium.

sumber: http://www.natural-indigestion-relief.com/magnesium-and-constipation.html

OstematrixTM membekalkan nutrient-nutrien harian termasuk kalisum yang dapat membantu dalam pembentukan dana penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi Magnesiuam, Vitamin D, dan Manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


ATASI SEMBELIT ANDA DENGAN OSTEMATRIX


INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN KELUARGA?

INGIN MENJANA INCOME 4-5 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH?

HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 915474
NIZA
SMS/WHATS APP: 013 - 584 9326
COD: LANGKAWI

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...