Halalkah Gelatin bersumberkan Bovine
Apakah Gelatin
Gelatin ialah sejenis protein terbitan yang larut dalam air, dihasilkan menerusi proses hidrolisis separa ke atas kolagen. Kolagen ialah unsur protein yang terdapat dalam tisu-tisu konektif haiwan. Ia dianggap sebagai bahan paling ajaib di dunia kerana boleh dikatakan tanpa gelatin kehidupan kita tidak akan lengkap kerana bahan ini mempunyai pelbagai fungsi yang sukar dinafikan kehebatannya. Kulit, tulang dan usus haiwan mamalia seperti khinzir, lembu atau kerbau merupakan bahan mentah utama untuk menghasilkan gelatin.
Kegunaan Gelatin
- Industri makanan, gelatin digunakan untuk berfungdi sebagai penebal, pelekat, pengemulsi, agen pembuih, penahan lembapan, pembaik tekstur dan agen pengikat yang menjadikan sesuatu makanan kelihatan dan dilihat lebih baik.
- Industri farmaseutikal, gelatin digunakan dalam pembuatan kapsul keras, kasul lembut, tablet, serum gantian dan suntikan.
- Industri kosmetik, gelatin terdapat dalam produk penjagaan kulit, alat solek, pengilat kuku dan krim muka.
- Industri fotografi, gelatin digunakan dalam menghasilkan filem gambar, kertas cetak, filem x-ray dan sebagainya.
- Industri teknikal, geltain digunakan dalam pengeluaran kertas, pembuatan kotak, mancis dan paintball.
Sumber gelatin
- - Bovine (lembu / kerbau)
- - Porcine (Khinzir)
- - Poultry (ayam)
- - Fish (ikan)
Sumber gelatin Shaklee ialah bovine, iaitu dari lembu / kerbau. ok! dr segi binatang, tentunya halal jika dibandingkan dengan porcine, iaitu khinzir, dimana kita sebagai umat Islam, haram untuk memakannya tidak kira dagingnya, atau mana-mana bahagian daripada binatang itu. berkaitan lembu pula, jika salah cara pelaksanaannya, juga dikira haram. iaitu dari segi sembelihan. Produk Shaklee telah mendapat sijil halal & pemantauan yang ketat dan rapi dari badan yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan kehalalan bukan sekadar end-product malah dari awal proses sesuatu produk itu termasuk pemprosesan dan pengilangan. Badan yang dipertanggungjawabkan itu ialah Islamic Services of America (ISA) dan ISA telah diaudit oleh JAKIM sendiri.
No comments:
Post a Comment